KATA ALUAN GURU BESAR
Sunday, 24 February 2019
Thursday, 24 January 2019
Wednesday, 9 January 2019
Monday, 7 January 2019
SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Sungai Puteri memulakan operasi pada 3 Disember 1990 bagi memenuhi keperluan penduduk sekitar yang terdiri daripada dua buah penempatan baru iaitu Perumahan Rakyat dan Perumahan Nelayan di Sungai Puteri. Pembinaannya menelan belanja kira-kira RM1.2 juta. Sekolah ini dirasmikan oleh YB Tok Muda Mustafar bin Abu Bakar AMN., AMP., ADUN Tioman. Lokasinya kira-kira 8 km dari bandar Kuala Rompin. Keluasan tanahnya ialah 12 ekar (4.86 hektar). Menerima bekalan sumber elektrik 24 jam. Sekolah ini diklasifikasi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai sekolah luar bandar dan merupakan sekolah kerajaan. Namun status tersebut bukanlah penghalang untuk sekolah ini mencipta kejayaan cemerlang. Pada tahun awal-awal penubuhannya, Sekolah Kebangsaan Sungai Puteri hanya berupaya menghasilkan dua atau tiga orang murid yang mencapai 5A dalam UPSR dengan cabaran utamanya ialah penguasaan Bahasa Inggeris.
Guru Besar pertama
yang dipertanggungjawabkan untuk menerajui
Sekolah Kebangsaan Sungai Puteri ialah Encik Saudi bin Larkin. Pada peringkat
awal penubuhannya pada tahun 1990 pastinya beliau menggalas tugas yang amat
berat untuk membangunkan sekolah dalam pelbagai aspek namun berbekalkan semangatdan keinginan untuk
melihat anak
bangsa berjaya, beliau berusaha dengan
gigih
untuk
memajukan sekolah
ini.
Mesyuarat Guru pertama diadakan pada 30 Disember 1990 dan pendaftaran
untuk semua murid dijalankan pada 31 November 1990. Pada awal penubuhannya,
jumlah muridnya ialah seramai 330 orang (tahun 1 – tahun 5). Sekolah Kebangsaan Sungai
Puteri telah menyediakan kumpulan murid pertama untuk peperiksaan UPSR bermula pada tahun 1991.Sesi
persekolahannya pada peringkat awal adalah dua sesi iaitu sesi pagi dan petang.
Mempunyai 2 blok bangunan kelas dan pejabat dan satu blok kantin.
Seiring dengan masa dan pertambahan kapasiti keperluan pendidikan kesan
pembangunan serta pertambahan petempatan di kawasan sekitar membolehkan sekolah
ini menerima sejumlah
peruntukan pada tahun 2000 bagi tujuan menaik taraf sekolah agar masyarakat
setempat dapat menikmati kemudahan prasarana pendidikan yang baik. Dua blok
tambahan telah terbina iaitu bangunan yang menempatkan blok pentadbiran dan
bangunan yang menempatkan murid tahun satu sekarang.
Pertambahan bangunan baru membolehkan sekolah ini beroperasi pada satu
sesi sahaja pada tahun 2002. Antara kemudahan yang disediakan ialah dewan
terbuka di bangunan empat tingkat. Dewan ini telah digunakan untuk tujuan
mengadakan perhimpunan setiap pagi Isnin dan Rabu. Selain itu, dewan ini juga
merupakan tempat warga sekolah menjalankan pelbagai aktiviti. Antara aktiviti
terkini yang dijalankan adalah majlis Khatam Quran dan tazkirah sempena bulan
Ramadhan. Dewan ini mampu memuatkan kira-kira 800 hingga 900 orang dalam
satu-satu masa.
Selain itu, Prasekolah SK Sungai Puteri juga termasuk dalam perluasan
Prasekolah dalam RMK-9 (2006-2010). Menurut Kementerian Penerangan daripada
sejumlah RM200 billion yang diperuntukkan, sub-sektor pendidikan dan latihan
diperuntukkan sebanyak 20.6% (Kementerian Penerangan,14 November 2008).
Ternyata hasil kemakmuran negara turut dapat dinikmati bersama oleh SK Sungai
Puteri khususnya dan sekolah-sekolah lain di Malaysia apabila Kementerian
Pendidikan Malaysia telah memperuntukkan sejumlah dana bagi menaik taraf
infrastruktur sekolah.
Pada pemulaan operasinya, sekolah ini telah menempatkan pelajar Tahun 1
hingga Tahun 5 yang tinggal di sekitar Sungai Puteri. Sebelum sekolah ini beroperasi,
penduduk setempat menyekolahkan anak-anak mereka di SK Rompin yang lokasinya
kira-kira 8 kilometer dari Sekolah Kebangsaan Sungai Puteri. Jumlah murid pada
ketika itu adalah seramai 188 orang, manakala tenaga pengajarnya pula adalah
seramai 22 orang.
Sepanjang penubuhannya terdapat
lima orang Guru Besar secara silih
berganti telah
menerajui sekolah
ini. Guru Besar- Guru Besar yang telah menaburkan jasa bakti di sekolah ini
sejak penubuhannya hingga kini terdiri daripada:-
BIL
|
NAMA GURU BESAR
|
TAHUN BERKHIDMAT
|
1
|
ENCIK SAUDI
BIN LARKIN
|
(01.12.1990
– 01.05.1992)
|
2
|
ENCIK MD
YUSOF BIN MD NOR
|
(01.01.1993 – 15.05.1994)
|
3
|
PUAN
NOAIZAN BINTI JAMALUDIN
|
(16.05.1994 – 15.12.2009)
|
4
|
TUAN HAJI
ISMAIL BIN MOHD SAID
|
(16.12.2009 – 29.01.2016)
|
5
|
PUAN NOR
AZAH BT JANTAN
|
(01.02.2016 hingga kini)
|
Tahun demi tahun
Sekolah Kebangsaan Sungai Puteri semakin melonjakkan diri di kelompok teratas
di Daerah Rompin dengan mencipta pelbagai kejayaan hasil kepimpinan dan
pengurusan yang efisien. Kini semakin terlakar suatu era baru di bangunan yang
tersergam indah ini untuk warganya ‘Mencerna Kecemerlangan Minda dengan
identitinya tersendiri’.
VISI DAN MISI SK SUNGAI PUTERI
Setiap sekolah mempunyai visi dan misi yang menjadi panduan utama kepada semua guru dan staf sekolah. Tidak terkecuali SK Sungai Puteri yang sentiasa mendukung visi dan misi sekolah sebagai teras
Subscribe to:
Posts (Atom)



