Sunday, 2 April 2017

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SKSP

Hari Jumaat, iaitu penghulu segala hari telah menjadi saksi program Sambutan Maulidur Rasul  SK Sungai Puteri. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w telah kedengaran dengan jelas di Dewan Fatimah Az Zahra apabila semua murid berkumpul untuk menyambut hari kelahiran nabi. Juga ceramah telah diberikan oleh Ustaz Mohd Asmawi sempena program tersebut.







PENCAPAIAN UPKK TAHUN 2016

Tanggal 16 Januari menyaksikan kegembiraan terpancar di wajah murid-murid tahun 6 SK Sungai Puteri. Keputusan UPKK tahun 2016 telah diumumkan. 22 orang murid SK Sungai Puteri telah menempah kejayaan dengan mendapat 8A dalam peperiksaan tersebut.


PEMERIKSAAN BUKU TEKS

Pada 16 Februari 2017 telah diadakan Pemeriksaan Buku Teks Kali Pertama di SK Sungai Puteri.
Tujuan program ini adalah untuk memastikan murid-murid membalut buku teks yang telah dipinjamkan dengan kaedah yang betul serta memastikan buku tekas dalam keadaan baik. program ini diharapkan dapat memupuk sikap amanah dan tanggungjawab dalam diri setiap murid.









Wednesday, 8 March 2017

PENCAPAIAN UPSR 5 TAHUN SEBELUM

Ujian Penilaian Sekolah rendah telah berubah format daripada lima mata pelajaran kepada enam mata pelajaran. Format enam mata pelajaran bermula pada tahun 2016 dengan perubahan format kertas Bahasa Inggeris.

Berikut adalah keputusan pencapaian UPSR bagi 5 tahun sebelum 2017.

PROGRAM JOM KE SEKOLAH

Program "JOM KE SEKOLAH" merupakan program usaha sama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Program ini bertujuan menangani masalah ketidakhadiran murid ke sekolah bagi mencapai KPI 95% serta menangani masalah disiplin dan salah laku murid. Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS).





Ucapan guru disiplin.




Majlis perasmian program "Jom Ke Sekolah"




Turut berlangsung adalah majlis penyerahan peti aduan murid.





Perutusan Ketua polis Negara oleh wakil PDRM.



Bacaan ikrar murid.





Sketsa salah laku murid.


 berikut kenangan yang sempat diabadikan bersama pegawai Polis, Pegawai PPD dan guru-guru.






Wednesday, 22 February 2017

KEJOHANAN BOLA TAMPAR KELOMPOK

9 Februari merupakan tarikh yang ditunggu-tunggu oleh pasukan bola tampar SK Sungai Puteri. Kejohanan Bola Tampar Peringkat Kelompok telah diadakan di SK Kampung Kolam.








Keputusan adalah seperti berikut:
  1. Pasukan lelaki = tempat ketiga
  2. Pasukan perempuan = tempat kedua





Sunday, 19 February 2017

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW DAERAH

Pada 7 Februari juga telah berlangsung Kejohanan Sepak Takraw Peringkat Daerah yang berlangsung di perantau Damai. Walaupun berjaya melepasi peringkat kumpulan, pasukan SK Sungai Puteri telah kecundang sebelum berjaya memasuki peringkat suku akhir.





Syabas diucapkan oleh pihak sekolah kepada semua yang terlibat atas usaha yang telah dilakukan.

Wednesday, 15 February 2017

KEJOHANAN PINGPONG DAERAH ROMPIN


Dua orang murid SK Sungai Puteri telah menyertai Kejohanan Pingpong Daerah Rompin pada 7 Februari 2017. Murid tersebut ialah Nurin Khairina dan Ahmad Hidayatullah.







Ahmad Hidayatullah telah berjaya mendapat tempat keempat dalam kejohanan tersebut


Monday, 13 February 2017

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN HEADCOUNT

Pada hari Isnin bersamaan 6 Februari 2017, satu latihan dalam perkhidmatan telah dijalankan di Makmal Bahasa SK Sungai Puteri. Latihan ini bertujuan memberikan pendedahan yang lebih terperinci dalam menyediakan markah headcount murid sebagai panduan dan sasaran para guru.


Latihan ini telah diberikan oleh En Rozman yang merupakan SU peperiksaan SK Sungai Puteri.