KATA ALUAN GURU BESAR
Sunday, 2 April 2017
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SKSP
Hari Jumaat, iaitu penghulu segala hari telah menjadi saksi program Sambutan Maulidur Rasul SK Sungai Puteri. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w telah kedengaran dengan jelas di Dewan Fatimah Az Zahra apabila semua murid berkumpul untuk menyambut hari kelahiran nabi. Juga ceramah telah diberikan oleh Ustaz Mohd Asmawi sempena program tersebut.
PENCAPAIAN UPKK TAHUN 2016
Tanggal 16 Januari menyaksikan kegembiraan terpancar di wajah murid-murid tahun 6 SK Sungai Puteri. Keputusan UPKK tahun 2016 telah diumumkan. 22 orang murid SK Sungai Puteri telah menempah kejayaan dengan mendapat 8A dalam peperiksaan tersebut.
PEMERIKSAAN BUKU TEKS
Pada 16 Februari 2017 telah diadakan Pemeriksaan Buku Teks Kali Pertama di SK Sungai Puteri.
Tujuan program ini adalah untuk memastikan murid-murid membalut buku teks yang telah dipinjamkan dengan kaedah yang betul serta memastikan buku tekas dalam keadaan baik. program ini diharapkan dapat memupuk sikap amanah dan tanggungjawab dalam diri setiap murid.

Subscribe to:
Posts (Atom)