Wednesday, 22 February 2017

KEJOHANAN BOLA TAMPAR KELOMPOK

9 Februari merupakan tarikh yang ditunggu-tunggu oleh pasukan bola tampar SK Sungai Puteri. Kejohanan Bola Tampar Peringkat Kelompok telah diadakan di SK Kampung Kolam.








Keputusan adalah seperti berikut:
  1. Pasukan lelaki = tempat ketiga
  2. Pasukan perempuan = tempat kedua





Sunday, 19 February 2017

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW DAERAH

Pada 7 Februari juga telah berlangsung Kejohanan Sepak Takraw Peringkat Daerah yang berlangsung di perantau Damai. Walaupun berjaya melepasi peringkat kumpulan, pasukan SK Sungai Puteri telah kecundang sebelum berjaya memasuki peringkat suku akhir.





Syabas diucapkan oleh pihak sekolah kepada semua yang terlibat atas usaha yang telah dilakukan.

Wednesday, 15 February 2017

KEJOHANAN PINGPONG DAERAH ROMPIN


Dua orang murid SK Sungai Puteri telah menyertai Kejohanan Pingpong Daerah Rompin pada 7 Februari 2017. Murid tersebut ialah Nurin Khairina dan Ahmad Hidayatullah.







Ahmad Hidayatullah telah berjaya mendapat tempat keempat dalam kejohanan tersebut


Monday, 13 February 2017

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN HEADCOUNT

Pada hari Isnin bersamaan 6 Februari 2017, satu latihan dalam perkhidmatan telah dijalankan di Makmal Bahasa SK Sungai Puteri. Latihan ini bertujuan memberikan pendedahan yang lebih terperinci dalam menyediakan markah headcount murid sebagai panduan dan sasaran para guru.


Latihan ini telah diberikan oleh En Rozman yang merupakan SU peperiksaan SK Sungai Puteri.






Sunday, 12 February 2017

CUACA DI KUALA ROMPIN



KEJOHANAN SEPAK TAKRAW KELOMPOK PANTAI UTARA

SK Sungai Puteri telah menyertai Kejohanan Sepak Takraw Kelompok Pantai Utara dengan menghantar sebuah pasukan seramai tiga orang pemain utama dan seorang pemain gantian. Kejohanan tersebut telah berlangsung di Felda Selendang.



Usaha tersebut mendatangkan hasil apabila pasukan SK Sungai Puteri telah menjadi naib johan lalu berjaya melayakkan diri ke Kejohanan Sepak Takraw Daerah Rompin yang akan diadakan di Perantau Damai.

Semoga kejayaan berjaya diperoleh.

Wednesday, 8 February 2017

KEJOHANAN MERENTAS DESA DAERAH ROMPIN

Pada 25 Januari 2017, Kejohanan Merentas Desa Peringkat Daerah Rompin telah diadakan di Pantai Hiburan. Laluan trek merentas desa melibatkan kawasan Pantai Hiburan, Kampung Kolam dan Kampung Sepakat.



Seramai empat orang murid lelaki dan empat orang murid perempuan terpilih sebagai peserta dari SK Sungai Puteri. Selain itu, beberapa orang guru SK Sungai Puteri juga bertugas sebagai pegawai kejohanan.



Keputusan penyertaan peserta SK Sungai Puteri adalah seperti berikut:
Lelaki Bawah 12 Tahun - tempat kelima, kesembilan dan ke-12.
Perempuan Bawah 12 Tahun - tempat kelapan,

Seorang peserta Lelaki Bawah 12 Tahun terpilih untuk mewakili daerah ke peringkat negeri.


Monday, 6 February 2017

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN PELAN STRATEGIK

Pada 10 Januari 2017, SK Sungai Puteri telah melaksanakan Latihan Dalam Perkhidmatan Pelan Operasi. bertempat di Makmal bahasa SK Sungai Puteri, latihan tersebut telah dilaksanakan dengan kehadiran semua guru. Pn. Nor Azah binti Jantan telah memberikan penerangan dan panduan yang jelas mengenai penyediaan pelan strategik , pelan taktikal dan pelan operasi kepada semua guru dalam menentukan hala tuju dan sasaran kerja tahun para guru.










Sunday, 5 February 2017

PELANCARAN NILAM & TUNAS NILAM SESI 2017

NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.
Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan ialah urus setia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini.
Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.

Sehubungan itu, majlis pelancaran NILAM & TUNAS NILAM sesi 2017 SK Sungai Puteri telah diadakan pada 25 Januari di Dewan Siti Khatijah SK Sungai Puteri.











Semoga program NILAM & TUNAS NILAM pada tahun ini berjalan lancar.