Tuesday, 3 January 2017

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2017

Tanggal 3 Januari 2017 merupakan tarikh permulaan sesi persekolahan murid-murid SK Sungai Puteri untuk tahun 2017. Pelbagai ragam dan keletah dapat disaksikan apabila murid-murid tahun 1 memulakan sesi persekolahan mereka. Tidak kurang juga dengan keriangan yang terpancar dari riak wajah murid-murid yang naik darjah tatkala melihat kelas baharu serta rakan-rakan yang lama tidak bertemu.

Berikut merupakan beberapa kenangan yang dapat diabadikan. Beberapa peristiwa yang menarik tidak berjaya dirakamkan lantaran para guru sibuk dengan tugasan masing-masing pada hari pertama persekolahan. Walau bagaimanapun, kami masih lagi sempat menggunakan masa yang terluang untuk merakam kenangan untuk peristiwa pertama sesi persekolahan 2017.
































No comments:

Post a Comment